Followers

Tuesday 28 February 2012

Bercinta Sebelum Kahwin vs Bercinta Selepas Kahwin


Assalamualaikum & selamat pagi smer..... usually aku mmg sker dengan perkara yg aku nak kongsi dgn korang nih....aku mmg sker baca kisah2 pasal orang2 yg bercinta selepas kahwin nih....so dengan kesempatan yg ada nih aku pun try la cari2 artikal yg berkaitan dengan bercinta selepas kahwin nih dan bila dah jumper aku pun nak share la ngan korang untuk renung kan bersama. 
 Apa yang aku slalu diberitahu bercinta selepas kahwin itu sangat indah berbanding dengan bercinta sebelum kahwin & sangat di galakkan di dalam Islam. Yerlakan buat dosa pun kurang orang cakap, mmg ramai yang pikir risiko dia sgt tinggi yerlakan kang ntah ngan saper2 kita kahwin...tapi cuma satu jer perlu kita ingat...lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan sebaliknya.
Kalau kita ingingan pasangan kita seorang yg baik dan soleh...kita kenalah persiapkan diri kita dulu dan perbanyakkan lah doa dengan Allah s.w.t hal ini kerana Allah s.w.t tahu apa yang terbaik untuk kita dan siapa untuk kita. Eh!!...banyak plak aku dok cot..cet..cot..cet kan biler plak aku nak kongsi artikal nih kan....ok rerakan jom baca nih.....



Indahnya bercinta selepas kahwin,hanya akan dirasasi oleh insan-insan yang menghargai dan mengalaminya.
Namun bagi sesetengah manusia beranggapan bahawa percintaan selepas kahwin tanpa mengenali dan bercinta dengan pasangan mereka sebelum berkahwin adalah mustahil untuk dikecapi.
Walhal,yang sebenarnya Allah Swt telah memberi kita garis panduan untuk mengecapi kebahagiaan dan segala galanya bermula daripada redha Allah swt. Perkahwinan adalah perkara yang amat dituntut dalam Islam. Dengan Berkahwin secara sah, perkara yang haram akan menjadi halal dan maksiat akan dijauhi.
Terdapat banyak kebaikan bercinta selepas kahwin manakala bercinta sebelum kahwin lebih membawa kepada keburukan berbanding kebaikan.
Antara Kebaikan-kebaikan bercinta selepas berkahwin:
Selepas berkahwin ungkapan "I love you" adalah sesuatu yang indah dan tidak salah diungkapkan oleh pasangan.Malah ia dapat memekarkan percintaan antara suami isteri.
Malah,berjalan berpegangan tangan juga tidak salah kerana ianya halal dan menambahkan kemesraan antara pasangan.
Apatah lagi jika kita dikurniakan pasangan yang soleh dan solehah..alhamdulillah kita akan bahagia hingga ke akhir hayat.Pasangan yang sentiasa mencari Madrotillah akan mengecapi keindahan bercinta selepas berkahwin.Segala maksiat akan dapat dielakkan.
Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi juga turut sama-sama dapat diseimbangkan.Matlamat utama tentunya syurga dan keredhaan Allah.
"Manusia akan bercinta lagi disyurga,tempat pertama yang melahirkan cinta.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai".
Bercinta sebelum kahwin:
Pasangan yang belum ada apa-apa ikatan,tetapi kemesraan sudah mengalahkan suami isteri.Kata mereka,zaman dah berubah,dunia dah maju.Hidup hanya sekali.
Bercinta bagai nak rak,bila putus ditengah jalan mulalah buat perkara yang bukan-bukan,lebih teruk lagi ada yang cuba untuk membunuh diri apabila kecewa kerana kata mereka,hidup sudah tiada guna tanpa cinta daripada pasangan mereka.
Ungkapan-Ungkapan romantis seperti
"I love you my dear..".
"I love you so much darling...".
"I tak boleh hidup tanpa sayang...".
"Sehari tak berjumpa,serasa setahun..."
"Rindunya...i.."akan kerapkali dialunkan oleh pasangan-pasangan yang bercinta kepada pasangan masing-masing
Pasangan yang mendengarnya pula,tentu rasa dihargai yang teramat sangat dan terpesona dengan ungkapan-ungkapan berbunga seperti itu.Maka,mulalah orang ketiga datang dan memainkan peranannya .Bisikan halus dan pujuk rayu yang mempersonakan akan ditiup lembut ketelinga pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta.Akhirnya mereka berjaya juga meramaikan ahli kelab neraka,dan mereka pasti bertepuk tangan meraikan kegembiraan dan kemenangan.Dosa-dosa pun akan meningkat dan menggunung.Pelbagai jenis maksiat akan dilakukan tanpa rasa bersalah kepada Allah.
Jika ada yang menasihati atau melarang tentu mereka akan berkata:
"Cinta apakah namanya ini,jika tidak ada dating,calling,chatting,sms romantik,surat cinta,bersentuhan tangan,kerlingan dan senyuman".
Renungilah Firman-Firman ALLAH:
"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu". (An-Nisaa' ayat:1)
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui". (An-Nuur ayat:21)
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia". (An-Nuur ayat:26)
Hayatilah Sabda Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam:
"Kepadaku diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia:isteri solehah,berwangi-wangian dan sejik mata (jiwa) ku dalam sembahyang". (Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai).

"Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan seorang wanita di tempat sunyi melainkan syaitanlah orang ketiganya". 

Marilah kita sama-sama renung samada kita tergolong dalam manusia yang beriman atau sebaliknya.

Thursday 23 February 2012

Petua Senang Dapat Jodoh


Entri nih Special request ddari member aku....bleh jer minah nih suh aku wat entri petua senang nak dapat jodoh....hahaha.....tapi sebab aku tak nak kecewakan kwn aku sorang nih so aku pun search la mana2 petua cari jodoh yg sesuai tuk aku kongsikan ngan kwn aku nih dan juga tuk korang smer....tapi per2 pun kita kena sentiasa berdoa dengan Allah s.w.t untuk permudahkan jodoh untuk kita ni kerana jodoh & pertemuan ditangan Allah.....sambil tuh kena la ada usaha untuk cari jugak....kalu dok tunggu jer mmg payah la yg nak datang bergolek depan mata tuh kan....... 


Nah spesel tuk ko Rohan..... 




1. Membentuk perwatakan diri yang menarik samada luaran atau dalaman. Ini termasuk m'bentuk peribadi menarik, menjaga penampilan wajah & badan, m'yayangi orang lain dan jgn mementingkan diri sendiri, b'gaul serta b'komunikasi dengan semua orang dengan baik dan mesra. Usah jual mahal dengan orang lain dengan m'yombong diri.


2. Memulakan usaha untuk b'kenalan dengan orang lain secara langsung atau menerusi teman rapat dan taulan. Contohnya m'yapa dengan baik, menelefon dan sebagainya. Ia tidak salah malah pernah dilakukan Khadijah, isteri pertama Nabi s.a.w. Jangan takut digelar 'seperti perigi cari timba' dalam pekara yang baik ini. Kita mungkin boleh b'komunikasi secara fikiran dengan m'hantar hasrat murni & kasih sayang kepada bakal kenalan.


3. Menjaga hubungan dengan kenalan atau pasangan dengan baik dan penuh hormat. Kebanyakkan lelaki suka kepada pasangan yang sederhana & tidak meterialistik (mementingkan harta), berterima kasih dengan p'berian serta sentiasa redha dengan segala yang ada.


4. Sentiasa belajar untuk m'baiki diri, perangai & p'watakan diri. Ini termasuk kemahiran b'komunikasi m'perlihatkan sifat wanita yang sebenar dan jangan mudah menempelak kelemahan lelaki.



Sumber : http://www.cicinta.com/2008/07/petua-mendapatkan-jodoh.html

Wednesday 22 February 2012

Tips untuk Hadapi Stress


Hari nak kongsi ngan korang camner nak hadap menda alah yg dipggl stress nih. sejak akhir2 nih stress melanda hidup aku (eh...bkn dri dulu ker mmg stress jer...huhuhu). Aku percaya korang pun ader sampai tahap tuh rasa cam nak pecah kepala sbb stress punya pasal...macam2 menda yg bleh buat kte stress...tp cuba kte tgk smula knp kte nak kna stress2 nih smer....mmg kita x bleh lari dri stress...kadang tuh ader yg dah t'lampau berat sgt tuh sampai dah t'pikir xnak truskan kehidupan......bahaya tuh dah bleh lari dari iman kita....even seberat mana pun masalah kita jgn sesekali terpikir nak bunuh diri....xnak hidup lg atau rasa m'yesal hidup kat dunia nih....b'dosa bila kita pikir macam tuh
mmg kadang tuh satu2 hal tuh kita rasa t'lampau berat kita nak hadap....tp per2 pun setiap masalah tetap ada penyelesaian cuma senang atau kita p'lukan usaha yg lebih tuk selesaikan......kena sentiasa bersemangat untuk hidup...kena sentiasa b'fikir secara rational......hidup kena teruskan...jangan mudah mengalah.....setiap apa yang berlaku adalah sebab Allah s.w.t nak uji kita supaya kita sentiasa bersabar & tabah utk hadapi semua dugaan daripada Nya.


Ok..sina ader beberapa tips yg aku jumpe untuk kongsi korang mcm mana nak tangani stress....





01.   Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk 
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan sebarang pekerjaan. Tugas yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan.

02. Al-Quran jadikan amalan 
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

03. Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

04. Selalu berdoa kepada Allah
 Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

05. Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

06. Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

07.Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

08. Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

09. Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

- Artikel iluvislam.com

Saturday 11 February 2012

Geng Bas Skolah

Sejak akhir2 nih x tau nak hupdate pebenda.....waaaaaaa......pk punye pk....tetiba rasa nak citer pasal orang2 disekeliling aku yg penting after my parents^^....




Entri nih just tuk appreciate dorang2 nih...sbb dorang2 nih lah yg m'rock kan & m'ceriakan hidup aku.......hahaha....


Minah cun kat atas nih my BCF (Best Cousin Forever) "Ellie".....minah nih mmg BCF aku drpd sejak zaman azali lagi....eheheh....kalo blk kampung jer mesti pi hangout2 together2 la ader jer plan nyer....tp after this minah nih dah kna transfer keje kat bentong....waaaaaa....nnt blk kg nak lepak ngan saperrrrr....nih sedih nih....tp x per nasib bentong ngan kl x jauh so kalo bosan2 bleh lari pi bentong jap...hahaha....."tp yang kalo aku blk kontan ko xder nak lepak ngan saper...sob..sob" (rintihan ati aku...hahahah....POYOS!!!) 
tp aku just nak ckp aku sayang sgt2 kat minah cengeng nih (dulu2 la dia cengeng tp skang dah jd seorg yg tabah....syabas beteh!!!!!) Byk benda dah kteorg kongsi together2....kalo dolu2 pntang time raya....baju kadang nak samer...hahaha...pastuh beli contact lense pun nak samer2...hahaha...sopink barang mesti nak sesamer.....dolu umh minah nih dah jd umh no. 2 aku....skang dah dok jauh....waaaaaaaaa!!!!~~~...aku rindu zezaman dolu...isk


Nih plak izati, ijad, taty, jadjad, zila, murni....eh mana satu nama minah nih!!!....hahahahahahahaha.....namer minah nih izati namer glam ijad namer manja taty...yg lelain tuh namer depend on character....hahahaha 
minah nih stat kenal masa zezaman blaja2 kat skolah pondok hahaha....muler2 msk skolah ingat minah nih kerek...tp biler dah stat sesi b'kenalan dan sesi b'geng ropenyer sengal minah nih...hahahaha (jgn mrh jad).. minah nih teman aku kalo bab2 nak m'garut nih....if dah stat m'garut dah ntah haper2 citer yg kuar dan mmg x der kena m'gena langsung pulak tuh....hahahaha...lagi satu kekadang aku dah jd personal counselor yg x b'byr kat minah nih (eh..ader ker ciri2 counselor aku nih...hahaha) aper yg dpt aku classified about this girl....dia nih sengal, selamber, klakar, sempoi, memahami, aper lg yerk??.....per2 pun lu mmg rock la jad....kalo citer ngan ko kadang rasa terkehel rahang dok gelak jer....hahahaha




haloh..haloh..haloh....sweet nyer kwn aku sorang nih...hahaha....nih puloks naiem.....minah nih pantang kalo org saloh eje namer dia...hahaha...yg nih pun aku kenal masa zaman kat skolah pondok...kenal minah nih dri mula2 msk class......aku hengat pi class merempit ngan minah nih...pastuh siap eksiden lg....kenangan btol...ekekekek....masa skolah dulu aku ingat kalu time aku bosan ngan roommate aku...haper lg bilik minah nih la jd tmpt lepak aku dri pg smpai petang......bdk naiem nih sorang yg sgt b'murah hati kalo per2 dia mmg x b'kire..... skang tgh nak abeskan master dia..."naiem aku doakan ko habeskan master ko dlm taun nih disamping m'jd lecturer yg berkaliber"...hahahaa...smoga tabah nak hadap student2 foreigner ko tuh....hahaha....


Yang ni plak Dayah.....nih pun member skolah pondok aku....minah nih memuler ingat sombong + kerek....ropernyer x la sebegituh....ader gak thp kesengalan dia nih even minah nih bleh dikatakan agak tegas kalo dlm nak selesaikan per2 tugasan yg cekgu bg...huhuhu.....bg aku minah nih ader sipat2 kepimpinan...masa wat event pun minah nih jd kteorg nyer program director...perhhh garang tuh...hahahaha....tp nasib even der masalah ker haper ker kteorg smer ttp xdak masalah tuk jayakan event tuh...kalo ckp mmg sentiasa berkobar2 smangat dia nih....tuh aku dok solute ngan dia.....kalo time nak berjimba minah on jer terserlah kesengalan yg ada tuh....hahaha


 yang nih Linah......dlm kteorg berenam dialah yg bleh dijdkan idol kteorg dlm m'yiapkan keje2 skolah....ekekekeke.....kalo x paham or x tau Linah la cekgu x berbayor kteorg.....dan dia jgk la yg plg tinggi diantara kteorg smer...dan dia jugak la yg dah kawin dulu diantara kteorg nih......haihhh kawen dah kwn aku nih...uhuh.....dah x leh ajak b'jimba2 sgt......huhuhu.....kami semua tetap doakan ko bahgia hingga anak cucu linah ><......x sabor nak ader anak sedara...huhuhu.....


yang nih plak min sweet.....eh salah....ima la....hahahaha....nih kwn aku yg paling cengeng ngan manja gituh....hahaha...
skang dia lah plg jauh kalo nak ajak berpoya-poya. Dolu masa dok umh sewa sesamer rajin gak la dok merempit ngan minah nih....tgk jer kecik nih tp kuat merempit nih...hahahaha......pi amek lesen kete sesamer ngan minah nih....dia lps aku bleh plak failed ujian jln raya...chisss....dah kna repeat lesen....hahaha. 


Ni plak Dila atau namer manjer dia "Peah" (hahaha....jgn mrh peah) nih pun member time skolah tp class lain tp satu umah....minah nih bg aku tetap sempoi dari dulu sampai skang......masa kat umh sewa dulu minah nih dah mcm bapak kteorg...hahahaha (aku x leh ingat tul dila dianggap sbg bapak).....masa kat umh sewa aku ngan dila ader pelihara bdk oren nih namer memei....waaaaaa peahhhh!!! rindu la ngan memei....haihhh
nih la memei kesygan kteorg......kucing jantan yerp korang.....namer jd memei sbb si naiem nih main petik jer namer tuh sbb kteorg pun dah mls nak pk namer per so stuju jer la pggl memei.....huhuhu...gemok kan mmg cukop mkn la....mkn dia aku ngan dila bln2 kongsi duit beli...mmg kuat melantak bdk oren nih...nih la hewan kesygan kteorg smer.....huhuhuhu


Biler ingat blk masa time2 blaja dulu mmg rindu sgt...sgt....rindu time study sesamer....rindu time meniru sesamer...hahahaha skang masing2 dah besar.....besar dah kengkawan aku smer nih...hahaha....kalo bleh rasa cam nak repeat blk zmn dolu2...tp bab kna jwb exam tuh aku nak skip x nak ulang dah...hahaha
So nilah manusia2 yg menceriakan hidup aku dulu, sekarang & smpai biler2 pun.....dan aku tetap mendoakan yg terbaik tuk mereka smua nih....dan dah tentu la aku sayang banget samer korang ><.......

Friday 3 February 2012

Tips Untuk Mudah B'diet

Assalamualaikum & Selamat pagi....kepada semuaaaa!!!~~~.....harap2 korang smer sehat dan semakin sehat...kalo t'lebih sehat tubuh badan x per kita bleh diet...hahaha....tp kalo sehat dri seji jiwa & mantel..bagoslah......yg penting mulakan hari anda dengan senyuman^^

Ok citer pasal diet.....last time aku ader shared ngan pasal "Slow-Carb Diet" KAT SINI dan entri aku arini pun nak share pasal diet.....pepagi jumaat yang indah lagi penoh bermakna nih aku jumper artikal pasal diet nih....disbbkan aku skang tgh b'giat aktif nak m'gecikan bdn yg x brape nak kecik nih so artikal nih bleh di dijdkan reference tmbhan kpd aku....dan aku pun rasa di antara korang2 smer mesti ada yg terpk nak diet or mmg ader yg tgh giat aktif b'diet.....jd aku nak sharelah ngan korang tips2 nih......



1. Jadikan penimbang berat sebagai rakan anda.
Jika anda mahu menurunkan berat badan, anggaplah penimbang berat itu sebagai kawan anda, bukannya musuh. Cuba timbang berat badan anda sekali di waktu pagi selepas anda mandi dan sebelum anda mengenakan pakaian. Dari situ anda akan dapat melihat bagaimana graf berat badan anda sepanjang minggu itu dan seterusnya membandingkan dengan minggu-minggu seterusnya.


2. Tuliskan target anda di tempat yang anda mudah lihat.

Letakkan target-target yang anda tulis di atas kertas dan letakkan di tempat-tempat yang anda sering nampak seperti di monitor komputer, peti sejuk, di dalam dompet, ataupun di cermin. Target itu tidaklah semestinya tentang berat badan, anda juga boleh menulis target lain seperti ‘minum air kosong secukupnya!’, ‘makan buah-buahan!’, atau ‘tidur 8 jam sehari!’. Kemudian, beritahu rakan-rakan anda tentang target anda itu supaya mereka boleh mengingatkan anda sekiranya anda terlupa.


3. Tulis setiap makanan yang anda makan setiap hari.

Jika anda menulis jurnal makanan yang anda ambil setiap hari, anda dapat monitor makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Bukan sahaja jenis makanan dan kuantiti, anda juga perlulah menulis berapa kalori makanan tersebut supaya anda tahu jumlah kalori yang anda ambil untuk hari tersebut mencukupi ataupun melebihi keperluan anda. Dengan cara ini, anda juga akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan setiap hari.


4. Minum air kosong secukupnya.

Mereka yang minum air kosong secukupnya akan mengambil kalori lebih rendah berbanding mereka yang kurang minum air. Selain air kosong, anda juga disarankan minum air yang rendah kalori seperti teh, air limau, dan jus buah-buahan segar.


5. Ambil sarapan setiap hari.

Pengambilan sarapan dapat membantu anda meningkatkan metabolisme seterusnya membantu membakar kalori pada kadar optimum. Apa yang anda ambil semasa sarapan juga sangat penting. Pilihlah makanan yang mengandungi kadar gula yang rendah dan tenaga yang tinggi seperti oat.


6. Rancang snek anda seperti anda merancang pemakanan harian.

Ada orang yang betul-betul menjaga makanan yang mereka ambil semasa makan tengahari dan makan malam dan tidak menjaga kuantiti snek yang mereka ambil ketika mereka lapar. Oleh itu, anda disarankan merancang snek yang anda ingin ambil dan mengambil berat akan kuantiti dan kalori snek tersebut.


7. Makan malam dengan tenang.

Elakkan makan dengan cepat semasa anda makan. Kajian membuktikan mereka yang makan dengan perlahan dan tenang, cenderung untuk berasa kenyang dengan cepat. Oleh itu, kunyah makanan anda perlahan-lahan dan nikmati makanan yang anda makan itu dengan sebaiknya.


8. Jangan makan sambil membuat itu dan ini.

Jangan makan sambil menonton televisyen, di hadapan komputer, atau semasa membaca surat khabar. Anda akan terdorong untuk terus menyuap makanan tanpa anda sedar kuantiti makanan yang anda telah ambil. Sebaiknya anda makan di meja makan atau alihkan komputer anda ke tepi jika anda perlu makan di meja study anda.


9. Pilih pencuci mulut rendah kalori.

Apabila anda inginkan makanan yang manis, eloklah anda memilih pencuci mulut yang rendah kalori seperti dark chocolate atau yogurt rendah lemak. Selain itu, anda juga dicadangkan menyimpan stok ‘sugar-free’ chewing gum supaya anda boleh mengunyahnya apabila anda terasa lapar di tengah-tengah malam.


10. Lakukan sehari satu push-up.

Untuk mendapatkan badan yang kuat tidaklah bermaksud anda perlu menghabiskan masa anda di gim setiap hari. Mulakan dengan satu push up pada setiap hari dan jadikan ia sebagai rutin. Lama-kelamaan anda pasti akan dengan rela hati menambah bilangan push up dalam sehari seterusnya melakukan aktiviti-aktiviti lain setelah melihat perubahan pada badan anda.

Selamat mencuba & smoga anda dapat bentuk badan yg diimpikan saban hari pagi petang siang malam^^

Sumber : www.iluvislam.com