Followers

Wednesday 28 December 2011

7 Cara menjadi Lebih Produktif Untuk Tahun Hadapan





Tinggal braper hari jer lagi dah nak masuk tahun baru...wallaweehhhh!!!!.....begitu cepat masa berlalu dan dah tentu mesti banyak menda dah berlaku sepanjang tahun ni...ada yang sedih ada yg gumbira, umur pun semakin menigkat!!....aisehhhhh


So, apa azam baru korang??....dalam siapkan kerja korang  ada x terpikir camna nak improve jadi lagi baik?
Slalu kita biasa la kalo tgh2 nak siapkan keje ker, keje sekolah ker assignment ker kan mesti ada lencong2 sket, check fesbuk jap....main game jap....chatting jap ker kan.....so per kate sempena taun baru nih kiter improve cara kita bekerja untuk jd lebih produktif.......sentiasa fokus time buat keje mcm kucing kat atas tuh...huhuhuhu


Jom check macam mana nak jd lebih produktif untuk tahun depan....


Berikut adalah 7 tips untuk menjadi lebih produktif:


1. Memecahkan Perkara Yang Ingin Dicapai Kepada Tugasan-tugasan Kecil
Jika anda ingin membuat website syarikat, anda kemudiannya menulis ayat "Bina Website Syarikat" di atas dinding tidak akan menjadikan website anda itu siap. Sebaliknya anda seharuskan memecahkan objektif itu tadi kepada tugasan-tugasan kecil seperti merangka kandungan website, mengiklankan tugasan membuat website, menyiapkan logo syarikat, mengambil gambar-gambar menarik untuk dimuatkan dalam website dan sebagainya. Dengan adanya tugasan-tugasan kecil ini, objektif yang ingin dicapai akan kelihatan lebih mudah dan mampu dicapai.


2. Hentikan Membuat Beberapa Kerja Dalam Satu Masa (Multi-tasking)
Ramai orang berbangga bahawa mereka mampu untuk 'multi-tasking' atau membuat beberapa kerja dalam satu masa. Namun anda sepatutnya menghentikan perkara ini. Apabila anda membuat beberapa kerja dalam satu masa, nilai IQ anda akan turun 15 mata bagi lelaki dan 5 mata bagi perempuan (lelaki adalah 3 kali lebih teruk dalam multitasking berbanding wanita). Jadi kerja yang dibuat adalah kurang berkualiti.


3. Buang atau Halang Perkara Yang Boleh Melalaikan
Apabila hendak menghabiskan sesuatu tugas, cuba tutup perkara lain yang boleh melalaikan. Contohnya, apabila anda sedang menyediakan 'sebut harga' kepada pelanggan anda, anda tidak seharusnya online di facebook pada masa yang saya. Kerja yang asalnya boleh disiapkan dalam 15 minit akan memakan masa 1 jam hasil dari perkara yang melalaikan. Cuba buat sepenuhnya satu kerja pada satu masa. Jika perlu tutup telefon dan television pada waktu anda sedang menghabiskan kerja.


4. Memeriksa dan membalas email
Elakkan melihat email setiap 5 minit. Sediakan masa 3 kali sehari untuk membaca dan membalas email.


5. Gunakan telefon
Email tidak seharusnya digunakan untuk berkomunikasi secara santai. Ia akan memakan masa yang lama. Anda boleh dengan mudah menelefon dan menghabiskan kerja yang sepatutnya ditanya dalam 5-10 email dalam masa 3 minit di telefon. Orang yang bercakap dengan anda juga, tidak ada pilihan untuk tidak menjawab soalan yang ditanya dengan terperinci.


6. Bekerja dengan Agenda dan Jadual tersendiri.
Jika anda ingat sewaktu di sekolah dahulu, semua kita mempunyai jadual. Jika tidak ada jadual, tidak mungkin cikgu mampu menghabiskan silibus setahun pengajaran tersebut. Samalah seperti dalam hidup kita kini, kita seharusnya mempunyai jadual ringkas untuk kita tidak rugikan masa. Jangan biarkan anda dalam keadaan tidak tahu apa yang hendak dibuat. Rancang hari anda sehari atau seminggu sebelum itu.



7. Bekerja dalam fasa 1-1.5 jam
Jika anda bekerja, pastikan anda mengambil rehat 10 minit setiap sejam atau sejam setengah. Otak memerlukan rehat sedikit. Anda tentu pernah mengalami pengalaman berada dalam bilik mesyuarat lebih dari 1.5 jam. Anda akan merasa sangat letih. Anda akan menjadi tidak produktif jika tidak mempunyai rehat. Jadi pastikan anda mempunyai 10 minit untuk pergi berjalan-jalan, minum kopi atau melihat pemandangan. Dengan adanya rehat ini, otak anda akan kembali bersedia untuk bekerja lebih keras.




Kesimpulannya.....ayohlah!!....kengkawan kita m'jadi lebih produktif dalam apa jua.....smoga taun depan akan adalah lagi baik dari sebelumnya..^0^


sumber drpd : www.iluvislam.com

Sunday 25 December 2011

8 Tempat Mencari Cinta

Assalamualaikum semua..... entri aku arini tuk sesaper yg nak cari pasangan tapi x jumper2...hahhaha..... kalo korang ader masalah nih bleh la baca petua2 yang aku nak kongsikan bersama nih sebagai rujukan, boleh dijadikan rujukan untuk aku gak nih....hahahaha..... manalah taukan lepas korang amalkan tips2 nih dapatlah korang sorang dua yang melekatkan..ecehhh!!!.....


Apa2 pun "Usaha Tangga Kejayaan"....huhu


selalu tak korang mengeluh camni 

"hai,apalah nasib aku ni.nak kata tak cantik,rasanya ramai lagi yg kurang cantik daripada aku,Tapi mereka tu ada juga teman lelaki..aku ni,sorang pun tak nak!!," 

ha.. ni ade 8 lokasi mencari pasangan... 

laki pompuan dua2 boleh 

1.Perpustakaan-Bagi yg masih belajar,tmpt ini pastinya memberikan peluang kpd kamu ntuk mencari pasangan.kata orang"sambil menyelam sambil minum air" 

Bagi yg lelaki,ape kata kamu beranikan diri "approach" 
gadis yg kamu suka.hulurkan salam persahabatan dgn sopan dan ikhlas.tentu si gadis tu takkan marah.Perempuan ini tak kisah kalau lelaki bersopan dgn mereka. 

Lainlah kalau kamu bersiul dan mengusik mereka.silap hari bulan,kamu makan penampar! 



2.Pusat Boling - salah satu tempat yg di gemari oleh remaja.ha,apa kata kamu ajak teman-teman pergi bermain boling.kalau tak main pun,tumpang tengok jadilah.mungkin cinta kamu akan berputik di pusat boling?? 



3.Pusat beli-belah =Pasti ramai yg tidak percaya.tetapi yakinlah ada di antara kita yg mendapat pasangan di pusat membeli belah.tidak mustahil ini juga berlaku kpd kamu.oleh itu,rajin-rajinlah mengunjungi pusat membeli belah untuk"window shopping" atau menonton wayang.mana tahu mungkin kamu di pikat di sana.. ^_^ 


4.tempat seminar/camping = kita sering terdengar kawan2 kita bertemu dgn pasangannye sewaktu menghadiri seminar/camping.mungkin perkara yg sama berlaku kpd kamu.selalunya aktiviti ini turut melibatkan orang lain di luar sekolah.jadi apabila kamu di beri peluang untuk menghadirinya,jangan menolak.mana tahu kamu akan mendapat pasangan hidup mu di sana.menghabiskan masa selama beberapa hari bersama pasti akan membuka ruang untuk kamu mengenali lebih ramai orang. 
T_T 

5.Internet = wah!Ini adalah peluang yg paling luas sekali kini.ramai di antara kamu yg mendapat pasangan melalui cara ini.cubalah kamu melayari internet untuk berchatting,manalah tahu rezeki kamu untuk bertemu dgn pasangan melalui internet.tidak kurang juga perkenalan melalui 
"chatting" boleh membawa ke jinjing pelamin.lekas..cubalah siapa tahu rezeki kamu.kata orang'tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa yg tahu'tapi awas!bnyk juga yg penipu. 
selamat berjaya! 

6.kenduri kahwin = pasti ade yg gelak bila baca tips ini..tapi banyak yg berkesan tau!pasti ramai yg akan menghadiri majlis perkahwinan.jadi rajin-rajinlah diri memenuhi undangan jemputan perkahwinan.selain mendapat pahala,siapa tahu kamu akan terpikat dengan seseorang di sana nanti??wow!! 

7.Pejabat/sekolah = sesekali kamu perlu di tonjolkan diri agar diri kamu menjadi perhatian ramai.dah kenal barulah cinta kan??jadi cubalah menyertai sebarang aktiviti yg di anjurkan oleh organisasi sekolah kamu agar kewujudan kamu akan di sedari..contohnya sukan,kelab, dan sebagainya.pasti ada yg tertarik dengan kamu nanti. 

8.kafe=daripada kamu terperap di rumah.apa kata kamu ajak teman-teman lepak di mana-mana kafe.kalau mampu pergilah ke kafe yg eksklusif.tentu yg melepak di situ juga yg best-best.siapa tahu ,tiba-tiba saje kamu mendapat nombor telefon daripada mamat yg duduk di meja sebelah kamu?? 


heh..cuba lah!~semoga berjaya~~
 

Wednesday 21 December 2011

Tarikh Lahir VS Haiwan



Personaliti Dan Binatang Dedah Rahsia Diri 


Kamu mahu tahu personaliti kamu dan juga teman-teman? Apa kata kamu semak tarikh lahir dan haiwan yang menjadi penaung kamu.




Januari 01-09 ~ Anjing
Januari 10-24 ~ Tikus
Januari 25-31 ~ Singa
Februari 01-05 ~ Kucing
Februari 06-14 ~ Merpati
Februari 15-21 ~ Kura-kura
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang
Mac 01-12 ~ Monyet
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing
April 01-03 ~ Anjing
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~ Kura-kura
Mei 01-13 ~ Monyet
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa
Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ Anjing
    Jun 21-24 ~ Monyet
Jun 25-30 ~ Kucing
Jul 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ Anjing
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing
Ogas 01-15 ~ Monyet
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura-kura
September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ Anjing
Oktober 01-15 ~ Monyet
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang
November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing
Disember 01-16 ~ Anjing
Disember 17-25 ~ Monyet
Disember 26-31 ~ Merpati







Anjing: 
Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

Tikus:
Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Singa:
Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.


Kucing:
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.


Kura-kura:
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.



Merpati:
Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!

  
Harimau Bintang:
Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm…kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.


Monyet:
Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan.



SEKADAR SUKA2…JGN CAYE …BACA BOLEH^^
JIKA ADA PERSAMAAN NGAN PERSONALITI ANDA ITU MUNGKIN SECARA KEBETULAN....

Wednesday 14 December 2011

Petua Mendapat Pasangan



Assalamualaikum rodong2 skalian...eh faham dok ngan rodong-rodong tuh per?....huhuhuhu...rodong tuh maksud dia kengkawan....org pekan pahang ckp rodong...huhuhu. lama plak rasa x update blog nih maklum la skang blk keje dah penat nak hadap blog nih pun kekadang dah malas.....nak update kat opis err...kang kantoi ngan bos (siler jgn praktikan...hahahaha). 


Ok korang smer arini aku jumper info yang agak berguna pada saper2 yg tgh busy nak cari pasangan hidup, sebenarnya entri ni aku sediakan khas untuk kawan aku sorang nih tgh runsing sbb dia x kawen2 lagi....(maap jad bkn aku maksudkan ko...hahaha). So korang2 yg ada masalah cam kawan aku nih apa kata luangkan masa sket tuk baca petua nih...(sbb aku tau korang mmg x sker baca menda2 yg panjang2 berjela-jela nih)....huhuhu. Tapi apa pun jodon dan pertemuan tuh semua kat tangan Allah apa yang perlu kita kena usaha dan redha...bab kata mila dalam "Ombak Rindu"...."Redha itu ikhlas pasrah itu menyerah"...wallawehhh demam ombak rindu plak...hahahaha. harap entri aku nih sedikit sebanyak dapat bantu korang....wink!!!~~

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.




Terima kasih kerana membaca & lawatan anda (poyos plak ayat) >_<

Wednesday 7 December 2011

Jom Kunjung ke Istana Berhantu Uncle Kellie



Korang smer pernah dgr x pasal Kellie's Castle nih??.... aku bru jer pg bln lps....lmbt tul la aku nih tmpt menarik camni bleh t'lps pandang....aisehhh...huhuhuhu.....aku kalu tmpt2 b'hantu nih mmg exited cuma berani ngan x jer nak g tmpt tuh....tp biler dah smpai mesti la nak g nyer kan, even korang dah tau pasal pak cik kellie nih nyer istana tp aku nak share gak....hahaha


Ok first2 aku sampai situ aku t'cengang2 nih masok nak kna bayor ker?? ker bleh masok free??.....skali tgk ader kaunter p'tanyaan ker kaunter bayaran nih??...hahaahaha.....giler jakun tul aku......aku pi g kat kaunter tuh nak tanya "nih masok nak kena bayor ker?" bleh plak yg jaga kaunter tuh sengih2 mcm mintak nak kena penampor jer.....terpaksalah tercari-cari mana la dia tulis harga nih nak tau kna bayor baper hengget nak masuk....puas belek2 kat kaunter tuh..dah nampak per nyer kena bayor 4 hengget kalu nak masuk...pastu aku t'baca gak kalo nak shoot for wedding photography kena bayor 50 hengget.....kalo saper2 nak kawen tuh aku rasa kat castle pak cik kellie nih mmg cun tp make sure pak cik kellie ngan ahli keluarga dia turut serta la.....hahhaha


korang tgk exited kawan aku sorang nih dpt b'gambor kat castle pak cik kellie nih....yg x tahan bleh plak blk dia x leh tdo lps blk dri situ katernyer terbayang2 dia wajah pak cik kellie yg kacak tuh....adesshhhh jad...jad... kuat tul tahap imaginasi minah nih....hahaha


kat situ ader pokok yg rupe dia cam beruang....haaa...korng tgk pokok tuh ader gaya x? (siler maafkan model2 yg tongah bergambor dopan pokok nih aku tau ia m'ganggu p'lihatan korang) pokok nih kalo korang tgk betul dah mcm gaya beruang tongah peluk pokok...haaa comel gituh...atas tuh dah macam muncung dia...mula2 aku x perasaan pun...aku pelik awat dia ckp pokok beruang nih?? mana la sama pokok ngan beruang....hahaha....kawan2 aku gak yg cakap acer ko tengok pokok tuh betul....biler di perati betul2 memang ada la gaya beruang tuh.....


nih bahagian tengah2 istana pak cik kellie nih. floor bawah tuh ader bilik2 tingkat atas tuh pun ader bilik2...eh explanation kejadah yang ko bagi nih!!....maaf la korang memory aku short sangat...haha aku yg betul nyer x hengat bilik2 aper la ader kat situ hahaha....yang aku ingat kat situ ader citer dia cakap koridor bawah tuh tempat pak cik kellie nih slalu ronda2....nasib tongah ari time tuh...haa kat tinkat atas tuh aku tringat ader satu bilik anak pompuan pak cik kellie nih, dalam bilik tuh ditampal nyer note katernyer anak pompuan pak cik kellie nih suker dok berdiri kat pintu nih (pintu kat tempat note ditampal) ....... chisss seram jap aku kat situ....hahahaha


tuh pintu dimana tangga rahsia bilik pak cik kellie nih...... omputeh nih sker wat bilik rahsia la, tangga rahsia la...umah aku nnt nak wat camnih gak...... model2 ayu berbaju kurung al-maklum la lepas pegi umah orang kawen bleh plak pegi terjah umah pak cik kellie nih dah la tengah panas dengan tudung yang berbelit-belit tahap terbelit memang berasap la aku rasa



Hebat sungguh juru gambar nih m'gambil gambar....hebat gambar2nyer..ciss prasan sungguh..tp rasa2 bleh jadi photographer yang hebat x?...haha


Gambar yang kat atas tuh kat atas bumbung istana pak cik kellie nih kalo istana nih siap katernyer tmpat tuh mungkin gelanggang tenis istana tuh....gambar yang last tuh gambar kat at depan istana pak cik kellie nih. Kalau istana nih siap aku gerenti mesti cantik sbb sebahagian bangunan yang dah siap nih pun dah nampak cantik.......ok aku rasa nih jer kot aku nak share ngan korang pasal istana pak cik kellie nih....maklum la x byk yang aku ingat & gambar yang diambil pun x banyak....so pada saper2 yang x sampai lagi kat istana pak cik kellie nih bleh la melawat pak cik kellie sekeluarga kat perak nih.....

Trimas kepada korang yang baca entri aku nih....>.< 

Tuesday 6 December 2011

Siapakah Cikgu Dalam Kehidupan Kita??


Assalamualaikum & Salam Sejahtera smerrrr....... kat sini aku nak ajak korang renung jap apa yg buatkan diri kita berubah dan apa yang telah merubahkan diri kita kearah yg lebih matang untuk berfikir, dalam m'buat keputusan, dalam m'hadapi kehidupan kita kalau bkn kita ada cikgu dalam kehidupan kita. Kat bawah ni ada 3 jenis cikgu dalam kehidupan kita..... jom baca


1. Cikgu yang terbaik dalam hidup - Pengalaman

Ini merupakan cikgu yang terbaik dalam hidup kita semua. Hal ini kerana, daripada pengalaman akan mengajar kita erti hidup, menjadi lebih matang, dan mendewasakan kita. Tanpa pengalaman, kita tidak mampu untuk maju ke hadapan, mahupun berubah lebih baik daripada sebelum ini.

2. Cikgu yang teristimewa dalam hidup - Ibu Bapa

Ibu bapa merupakan cikgu yang terindah dalam hidup kita kerana mereka lah yang mengajar kita tentang erti kehidupan daripada kita kecil sehinggalah dewasa kini. Tanpa mereka, tiadalah kita. Bukan itu sahaja, ibu bapa akan mengajar kita tentang manis dan pahitnya kehidupan ini kerana mereka telah matang dalam hal itu. Jadi, kita gunakan segala yang diberikan, untuk membimbing diri sendiri dalam meneruskan kehidupan.

3. Cikgu yang terindah dalam hidup - Tenaga Pengajar

Pensyarah-pensyarah, cikgu sekolah rendah mahupun menengah, dan kesemua yang pernah mendidik kita, cukup terindah dalam hidup ini. Hal ini kerana, mereka telah bersusah payah dalam membanting tulang empat kerat mereka, dalam mendidik kita supaya kita berjaya dalam kehidupan. Dengan semua ini, kita boleh terus maju kehadapan dengan ilmu yang dibekalkan dan mengamalkan dalam kehidupan kita.
Hargailah mereka sementara masih ada, hidup ini hanyalah sementara, bukan selama-lamanya.

Bagi aku pengalaman mmg adalah cikgu terbaik untuk kita dalam menggerakkan kita kearah yang lebih baik... kita belajar dari pengalam & pengalaman mendewasakan kita, tp ibu bapa dan para cikgu2 yg lain pun main peranan penting dlm hidup kita dalam memberi sokongan dan didikan dalam hidup kita.....jadi hargailah mereka.
Aku ingat sorang pensyarah aku nih dia penah ckp if nak berjaya kita mesti pandai adapt dengan environment sekeliling kita..... dan kita xkan ada masalah even kat mana pun kita pegi.

Monday 5 December 2011

Wanita dan Warna??



Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai 
perwatakannya melalui warna kegemarannya. 
Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, 
warna dan tafsiran perwatakannya.

MERAH
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat 
dan suka bersenang-senang.


BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, 
kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap 
memberi maaf dan tegas.

HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka 
bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan 
agama, suka berhias, teguh pendirian hingga 
kadang-kadang seakan kolot.

HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi 
dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi,
kuat berfikir, setia pada pasangan, 
baik hati tetapi cepat tersinggung.

COKELAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, 
sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah 
merasa was-was dan takut berbuat salah.

UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka 
diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, 
keinginannya tidak meluap-luap.

KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, 
suka bekorban peranan cerdas dan bijak.

KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, 
cerdas dan tabah menghadapi cabaran.

PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), 
berkata benar, jujur, rendah hati, sopan santun, 
ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, 
suka menolong dan hidup bertawakal

Saturday 3 December 2011

Jom Buat Red Velvet Cake

Korang pernah buat Red Velvet Cake x??....xpun dah pernah makan?... disbbkan jeles asek tgk cousin aku post kat FB dia x abes2 buat kek nih n katernye mmg sedap...so aku try la gak wat kek nih...tak sangka plak aku jadi...huehuehuehue....... korang mmg kena cuba try test wat kek nih....mula2 aku tgk resi pun cam rumit sbb panjang sgt resepi nyer tp bila dah buat x la sesusah mana yg disangkakan.... jom intai resepi dia

Resepi ni aku amek kat MyResepi


Bahan-bahan ( 1 biji )
·         Kek (Sila guna penyukat khas)
·         2 1/2 cup tepung kek (1 cup tepung kek = 2 sudu kecil cornstarch dlm 1 measuring cup n isikan selebihnya dgn all purpose flour. ayak 3 kali.)
·         1 sudu kecil serbuk penaik diayak
·         2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (biasanya guna van houten)
·         2 oz pewarna merah (kalau xtau sukat dlm oz, campurkan dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup)
·         1/2 cup butter
·         1 1/2 cup gula
·         2 biji telur pada suhu bilik
·         1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
·         1 cup buttermilk pada suhu bilik. kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di bawah
·         1 sudu kecil cuka putih
·         1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda
·          
·         Buttermilk
·         1 cup (240 ml) susu kotak full cream
·         sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon
·          
·         Cream cheese frosting
·         2 buku cream cheese, dilembutkan
·         1/2 cup butter dilembutkan
·         1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
·         2 cup gila icing, diayak. kalau xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2 1/2 cup

Cara-cara
1.    BUTTERMILK: campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.

2.    KEK: sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.
3.    Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul.
4.    Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul.
5.    Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul dan kemudian kesemua tepung yang tinggal.
6.    Campurkan cuka dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Cepat2 campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukkan dalam loyang dan bakar.
7.    Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. Kek ni moist, so kene cek awal. Bile cucuk dengan lidi je dah bersih, keluarkan dari oven.
8.    Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak frosting.

9.    CREAM CHEESE FROSTING: Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.
10.  Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek,lagi tebal lagi sedap. kemudian letakkan kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting di seluruh kek.
11.  Kek ni sedap kalau dah masuk dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap bagi die xkeras, baru makan
 
    Dia punya cream cheese bagi aku 2 cawan gula ikut sukatan tuh mmg manis giler....so kalu korang x suka manis2 sgt boleh kurangkan sukatan gula tuh pastu aku buat aku x letak pun cornstarch tuh n cuka aku gantikan ngan perahan lemon menderhaka sket ngan resepi nih...huhu

    Selamat Mencuba^^~~