Followers

Wednesday 22 February 2012

Tips untuk Hadapi Stress


Hari nak kongsi ngan korang camner nak hadap menda alah yg dipggl stress nih. sejak akhir2 nih stress melanda hidup aku (eh...bkn dri dulu ker mmg stress jer...huhuhu). Aku percaya korang pun ader sampai tahap tuh rasa cam nak pecah kepala sbb stress punya pasal...macam2 menda yg bleh buat kte stress...tp cuba kte tgk smula knp kte nak kna stress2 nih smer....mmg kita x bleh lari dri stress...kadang tuh ader yg dah t'lampau berat sgt tuh sampai dah t'pikir xnak truskan kehidupan......bahaya tuh dah bleh lari dari iman kita....even seberat mana pun masalah kita jgn sesekali terpikir nak bunuh diri....xnak hidup lg atau rasa m'yesal hidup kat dunia nih....b'dosa bila kita pikir macam tuh
mmg kadang tuh satu2 hal tuh kita rasa t'lampau berat kita nak hadap....tp per2 pun setiap masalah tetap ada penyelesaian cuma senang atau kita p'lukan usaha yg lebih tuk selesaikan......kena sentiasa bersemangat untuk hidup...kena sentiasa b'fikir secara rational......hidup kena teruskan...jangan mudah mengalah.....setiap apa yang berlaku adalah sebab Allah s.w.t nak uji kita supaya kita sentiasa bersabar & tabah utk hadapi semua dugaan daripada Nya.


Ok..sina ader beberapa tips yg aku jumpe untuk kongsi korang mcm mana nak tangani stress....





01.   Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk 
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan sebarang pekerjaan. Tugas yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan.

02. Al-Quran jadikan amalan 
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

03. Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

04. Selalu berdoa kepada Allah
 Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

05. Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

06. Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

07.Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

08. Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

09. Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

- Artikel iluvislam.com

No comments:

Post a Comment