Followers

Tuesday 6 December 2011

Siapakah Cikgu Dalam Kehidupan Kita??


Assalamualaikum & Salam Sejahtera smerrrr....... kat sini aku nak ajak korang renung jap apa yg buatkan diri kita berubah dan apa yang telah merubahkan diri kita kearah yg lebih matang untuk berfikir, dalam m'buat keputusan, dalam m'hadapi kehidupan kita kalau bkn kita ada cikgu dalam kehidupan kita. Kat bawah ni ada 3 jenis cikgu dalam kehidupan kita..... jom baca


1. Cikgu yang terbaik dalam hidup - Pengalaman

Ini merupakan cikgu yang terbaik dalam hidup kita semua. Hal ini kerana, daripada pengalaman akan mengajar kita erti hidup, menjadi lebih matang, dan mendewasakan kita. Tanpa pengalaman, kita tidak mampu untuk maju ke hadapan, mahupun berubah lebih baik daripada sebelum ini.

2. Cikgu yang teristimewa dalam hidup - Ibu Bapa

Ibu bapa merupakan cikgu yang terindah dalam hidup kita kerana mereka lah yang mengajar kita tentang erti kehidupan daripada kita kecil sehinggalah dewasa kini. Tanpa mereka, tiadalah kita. Bukan itu sahaja, ibu bapa akan mengajar kita tentang manis dan pahitnya kehidupan ini kerana mereka telah matang dalam hal itu. Jadi, kita gunakan segala yang diberikan, untuk membimbing diri sendiri dalam meneruskan kehidupan.

3. Cikgu yang terindah dalam hidup - Tenaga Pengajar

Pensyarah-pensyarah, cikgu sekolah rendah mahupun menengah, dan kesemua yang pernah mendidik kita, cukup terindah dalam hidup ini. Hal ini kerana, mereka telah bersusah payah dalam membanting tulang empat kerat mereka, dalam mendidik kita supaya kita berjaya dalam kehidupan. Dengan semua ini, kita boleh terus maju kehadapan dengan ilmu yang dibekalkan dan mengamalkan dalam kehidupan kita.
Hargailah mereka sementara masih ada, hidup ini hanyalah sementara, bukan selama-lamanya.

Bagi aku pengalaman mmg adalah cikgu terbaik untuk kita dalam menggerakkan kita kearah yang lebih baik... kita belajar dari pengalam & pengalaman mendewasakan kita, tp ibu bapa dan para cikgu2 yg lain pun main peranan penting dlm hidup kita dalam memberi sokongan dan didikan dalam hidup kita.....jadi hargailah mereka.
Aku ingat sorang pensyarah aku nih dia penah ckp if nak berjaya kita mesti pandai adapt dengan environment sekeliling kita..... dan kita xkan ada masalah even kat mana pun kita pegi.

No comments:

Post a Comment